Cari @ Amanz

Pelbagai desas-desus mengenai variasi peranti dibawah keluarga Galaxy Alpha telah kedengaran sebelum ini, dimana Samsung dikatakan akan hadir dengan beberapa peranti baru, termasuk salah satunya adalah Galaxy A5. Menariknya, kini peranti tersebut dilihat telah melepasi dan mendapat kelulusan pihak SIRIM.

Samsung Galaxy A5

Samsung Galaxy A5

Samsung Galaxy A5 dikatakan akan hadir dengan rekaan bingkai berasaskan logam, dan menggunakan kerangka dengan bahan berbeza berbanding beberapa peranti Samsung lain sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dikatakan akan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 400, bateri berkapasiti 2300mAh, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Dengan menerima kelulusan SIRIM, kita mungkin akan dapat melihat peranti ini dilancarkan di Malaysia dalam masa sebulan dua lagi.

Galaxy A5 Sirim

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd