Apple sedia mengatakan yang mana Apple Watch bakal hadir pada awal tahun hadapan, dan hari ini pada acara khusus yang diadakan oleh Apple, mereka sekali lagi menekankan perkara tersebut dan mengatakan ia akan hadir pada awal tahun hadapan.
Pada masa yang sama, Tim Cook turut mengatakan yang mana mereka akan menawarkan SDK untuk para pembangun pada bulan November ini, supaya mereka akan bersedia dengan aplikasi untuk Apple Watch yang bakal dipasarkan.
Apple Watch merupakan jawapan Apple untuk jam tangan pintar. Apple Watch bakal hadir dengan skrin empat-segi, dan pada bahagian tepinya ia menyertakan sebuah pemutar khas yang dinamakan Digital Crown untuk memudahkan pengguna memilih aplikasi dan membuat beberapa perkara yang lain. Apple Watch ini akan menggunakan sokongan pengecasan berasaskan induktif dan dilengkapi beberapa sensor untuk menyemak nadi dan sebagainya. Input suara berasaskan Siri juga akan disertakan, selain hadir dalam beberapa variasi untuk pilihan pengguna.