Cari @ Amanz

Apple iOS 8.1

Selain pengumuman OS X Yosemite, pihak Apple turut sama telah mengumumkan kemaskini iOS 8.1 yang bakal hadir kepada pengguna iOS sedia ada menjelang hari Isnin kelak. Melaluinya, ia bakal menyertakan beberapa fungsi yang diminta pengguna, dimana salah satunya adalah Camera Roll.

Selain daripada itu, pengguna yang menggunakan iOS 8.1 juga akan menerima akses kepada iCloud Photo Library Beta, selain turut menawarkan pengguna menggunakan fungsi Continuity – untuk menggunakan peranti bersama-sama OS X Yosemite.

Bagi pengguna iOS 8 sedia ada, anda boleh mengemaskini peranti anda pada 20 Oktober ini menggunakan iTunes ataupun melalui kemaskini OTA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd