Bersama-sama dengan pengenalan iPad Air 2, pihak Apple turut memperkenalkan iPad Mini 3 yang mana merupakan variasi bersaiz kecil untuk tablet Apple.
iPad Mini 3 hadir dengan skrin 7.9-inci, dan kamera belakang 5-megapixel iSight. iPad Mini 3 ini dikatakan menyertakan cip pemprosesan A7, yang mana lebih kurang sama seperti pada tahun lepas.
iPad Mini 3 juga turut hadir dengan sokongan TouchID untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran iTunes, dan mengakses tablet mereka dengan lebih pantas berbanding memasukkan kata laluan seperti biasa.
iPad Mini 3 akan ditawarkan pada waktu yang sama dengan iPad Air 2, dimana tempahan untuknya di Amerika Syarikat akan dimulakan bermula 17 Oktober ini.