Apa Yang Diumumkan Apple Hari Ini – OS X Yosemite, iPad Air 2, iPad Mini 3, iMac Retina 5K, Mac Mini

Apa Yang Diumumkan Apple Hari Ini – OS X Yosemite, iPad Air 2, iPad Mini 3, iMac Retina 5K, Mac Mini

Diterbitkan pada Okt 17, 2014 oleh .

TimCook - Apple

Apple hari ini telah mengadakan sebuah acara media khas, memperkenalkan pelbagai produk baru mereka, daripada jam tangan pintar mereka, sehinggalah tablet dan juga komputer desktop mereka – iMac. Seperti biasa, yang mencuri perhatian adalah tablet terbaru mereka, iPad Air 2, dan juga komputer desktop mereka dengan resolusi tinggi, iaitu iMac Retina 5K.

Selain dari segi hardware, pihak Apple turut telah mengemaskini sistem operasi mereka, memperkenalkan OS X Yosemite untuk pengguna desktop, sementara pengguna peranti mudah-alih akan menerima iOS 8.1 pada hari Isnin kelak.

Bersama-sama pengenalan produk baru ini, Apple turut telah mengemaskini harga jualan tablet sedia ada untuk pasaran Malaysia, dan menawarkan iPad Mini, iPad Mini Retina, dan iPad Air pada harga lebih rendah berbanding sebelumnya.


TIPS & ULASAN