Sony : Keseluruhan Keluarga Xperia Z Akan Menerima Android 5.0 Lolipop

Sony : Keseluruhan Keluarga Xperia Z Akan Menerima Android 5.0 Lolipop

Diterbitkan pada Okt 17, 2014 oleh .

Dengan pelancaran Android 5.0 Lolipop oleh Google semalam, hari ini Sony telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan yang mana keseluruhan produk dibawah keluarga Xperia Z akan menerima kemaskini ini.

Untuk makluman, keluarga Xperia Z terdiri daripada Xperia Z, Xperia ZL, Xperia ZR, Xperia Tablet Z, Xperia Z1, Xperia Z1s, Xperia Z1 Ultra, Xperia Z1 Compact, Xperia Z2, Xperia Z2 Tablet, Xperia Z3, Xperia Z3 Compact, dan juga Xperia Z3 Tablet Compact.

Seperti biasa, peranti Xperia Z GPE (Google Play Edition) akan menerima kemaskini dahulu, dan bermula awal 2015 kelak, kemaskini akan diperkenalkan untuk Xperia Z3 dan Xperia Z2. Peranti lain akan menerima selepas itu secara berperingkat.


TIPS & ULASAN