Cari @ Amanz

Apple pada awal pagi tadi telah mengumumkan pelancaran OS X Yosemite, iaitu sistem operasi terbaru daripada mereka, dengan pelbagai kemaskini dari segi antaramuka, aplikasi dan fungsi-fungsi baru.

Seperti dijanjikan, pihak Apple kini telah menerbitkan OS X Yosemite kepada semua pengguna OS X, dan anda boleh memuat-turunnya secara percuma. OS X Yosemite ini dilihat akan menyokong semua komputer yang menjalankan Mavericks pada hari ini.

Memandangkan ia membawakan saiz muat-turun yang agak besar, mungkin anda perlu menyambungkan komputer anda kepada talian internet berkelajuan tinggi terlebih dahulu sebelum memulakan muat-turun.

OS X Yosemite

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd