Cari @ Amanz

Twitter sedia membolehkan pengguna mengikuti beberapa kandungan melalui perkhidmatan mereka, seperti video dari YouTube, bacaan ringkasan berita daripada beberapa laman, dan terkini mereka turut bekerjasama dengan pihak SoundCloud untuk membolehkan pengguna mengikuti audio terus pada perkhidmatan Twitter.

Twitter menamakan perkhidmatan ini sebagai Audio Cards, dimana ia membolehkan pengguna bukan sahaja mendengar audio dari SoundCloud pada web, tetapi turut sama pada peranti Android dan iOS.

Twitter Audio Cards

Untuk pengguna peranti Android dan iOS, apabila pengguna tap pada Audio Card ini, ia akan membuka pemain muzik terbina, dan memainkan lagu terus pada aplikasi Twitter tanpa meninggalkannya.

Pengguna juga turut boleh mengecilkan paparan Audio Card ini, dan seterusnya menggunakan Twitter seperti biasa, dan mengikuti audio seperti biasa.

Twitter turut mengatakan yang mana mereka akan menambah lebih banyak rakan kerjasama dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd