Honor Play SmartBand – Gelang Tangan Pintar Daripada Pihak Honor

Honor Play SmartBand – Gelang Tangan Pintar Daripada Pihak Honor

Diterbitkan pada Okt 17, 2014 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama subsidiari dibawah Huawei, dimana mereka memfokuskan kepada jualan peranti melalui VMall. Terkini, pada sebuah acara khas yang diadakan di China, mereka telah memperkenalkan beberapa produk baru, dan salah satunya adalah Honor Play SmartBand.

Honor Play SmartBand merupakan salah satu gelang tangan pintar daripada Honor, dan boleh dikatakan naik taraf dan kemaskini daripada Huawei Talkband sebelum ini.

Honor Play Bracelet

Honor Play SmartBand hadir dengan sebuah skrin LED, dan hadir dengan beberapa sensor kecergasan seperti kebanyakkan gelang tangan pintar lain. Beberapa fungsi lain yang turut disertakan adalah termasuk kebolehan mengawal rakaman gambar pada telefon pintar, mengetahui peratus bateri telefon, memantau keadaan tidur, dan sebagainya.

Gelang tangan pintar ini boleh digunakan bersama-sama dengan peranti Android 4.3 (dan terkini) serta iOS 7 (dan terkini). Pihak Honor turut melengkapkan ia dengan sokongan kalis air dan debu, selain turut menawarkan ia dalam pelbagai pilihan warna.

Buat masa ini, Honor Play SmartBand hanya ditujukan untuk pasaran di China sahaja, dan mungkin diperluaskan ke pasaran luar tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN