Cari @ Amanz

Honor 6 telah pun dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, dan pra-tempahan untuknya baru tamat beberapa hari yang lepas. Menariknya, selain Honor 6 versi yang dijual secara meluas, pihak Honor turut telah memperkenalkan sebuah peranti edisi terhad dengan spesifikasi lebih tinggi dinamakan Honor 6 Extreme Edition.

Honor 6 Extreme Edition

Honor 6 Extreme Edition ini hadir menggunakan cip pemprosesan terkini HiSilicon Kirin 928 yang mana ditetapkan kelajuan pada 2GHz. Ia agak tinggi jikalau berbanding dengan Kirin 920 1.7Ghz yang digunakan pada Honor 6.

Selain daripada itu, Honor 6 Extreme Edition turut menyertakan sokongan NFC (yang tiada pada Honor 6), dan turut hadir menggunakan Android 4.4 KitKat dan Emotion UI 3.0. (Honor 6 menggunakan EmotionUI 2.3).

Perkara lain dari segi kamera, paparan skrin, bateri dan sebagainya adalah sama seperti versi asal Honor 6. Untuk ruangan storan pula, Honor 6 Extreme Edition hadir dengan ruangan sebesar 32GB.

Apa pun, Honor 6 Extreme Edition tidak akan dijual secara meluas, dan hanya sebanyak 9999 unit sahaja akan dijual. Dengan kuantitinya yang sedikit, mungkin kita tidak akan dapat melihat ia dipasarkan di luar China.

Di Malaysia, Honor 6 dijual pada harga RM999 dan ditawarkan melalui VMall sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd