Cari @ Amanz

TwitpicTwitpic sebelum ini telah mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan, sebelum mengatakan terdapat pembeli yang berminat dan perkhidmatan tersebut akan diteruskan. Apa pun, ianya kini kelihatan pembeli baru tersebut seperti tidak meneruskan hasrat untuk mendapatkan Twitpic, dan pihak Twitpic mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

Menurut pengasasnya, mereka tidak dapat hadir dengan terma yang memenuhi permintaan kedua-dua pihak (Twitpic dan pembeli baru), dan perkhidmatan tersebut akan ditamatkan pada 25 Oktober ini.

Untuk pengguna Twitpic, anda diberikan tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk memuat-turun gambar-gambar yang telah anda terbitkan di Twitpic, sebelum kesemuanya dipadam selepas tarikh tersebut.

Twitpic boleh dikatakan antara yang terawal menawarkan perkhidmatan berkongsi gambar ke Twitter. Namun, popularitinya boleh dikatakan agak merudum akhir-akhir ini. Pihak Twitpic turut mengatakan yang mana mereka menerima permintaan daripada Twitter untuk tidak membatalkan pendaftaran tanda dagang “Twitpic”, ataupun mereka akan kehilangan akses ke API Twitter.

Perkara ini membuatkan Twitpic seperti kurang minat untuk meneruskan perkhidmatan mereka, dan mengambil langkah untuk menamatkan salah satu perkhidmatan terawal untuk berkongsi gambar di Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd