Microsoft Mula Menerima Cadangan Pengguna Untuk Diimplementasikan Pada Internet Explorer

Microsoft Mula Menerima Cadangan Pengguna Untuk Diimplementasikan Pada Internet Explorer

Diterbitkan pada Okt 17, 2014 oleh .

Microsoft dari hari ke hari boleh dikatakan semakin mesra pengguna dan juga pembangun. Terkini, mereka telah melancarkan sokongan UserVoice untuk IE, membolehkan pengguna dan pembangun menghantar cadangan untuk diimplementasikan pada Internet Explorer.

Seperti umum sedia maklum, Internet Explorer merupakan pelayar web daripada pihak Microsoft, tetapi agak ketinggalan sedikit dari segi penawaran teknologi dan juga angka penggunanya berbanding beberapa pelayar web lain di pasaran.

Melalui halaman UserVoice untuk IE, pengguna boleh menghantar cadangan, dan mengundi cadangan pengguna lain.

Buat masa ini, ketika artikel ini ditulis, permintaan dengan undian tertinggi adalah sokongan untuk kemaskini Internet Explorer secara automatik – lebih kurang sepertimana diimplementasikan pada Chrome.

Mungkinkah dengan pengenalan UserVoice untuk IE ini, lebih banyak fungsi baru akan hadir ke pelayar web Internet Explorer dengan pantas? Sebelum ini, UserVoice turut telah digunakan untuk mengumpulkan maklumbalas pengguna dan fungsi yang diinginkan pada Windows Phone dan beberapa perkhidmatan Microsoft lain.

Layari : UserVoice untuk IE


TIPS & ULASAN