Firefox Hello Membolehkan Anda Membuat Panggilan Video Dan Suara Melalui Pelayar Web Dengan Mudah

Firefox Hello Membolehkan Anda Membuat Panggilan Video Dan Suara Melalui Pelayar Web Dengan Mudah

Diterbitkan pada Okt 18, 2014 oleh .

Pelbagai pelayar web terbaru telah mengimplementasikan sokongan untuk WebRTC, dan terkini, mengambil kelebihan teknologi tersebut, kini pihak Mozilla turut hadir dengan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Firefox Hello.

Menariknya mengenai Firefox Hello ini adalah dimana pengguna tidak memerlukan sebarang akaun khusus untuk menggunakannya, sebaliknya hanya memerlukan pelayar web yang menyokong teknologi WebRTC.

Mozilla hanya menyertakan fungsi ini pada pelayar web versi Nightly dan Aurora sahaja buat masa ini, dimana pengguna yang menggunakannya akan menemui sebuah butang berbentuk ikon “berbual/mesej” pada bahagian menu. Sebaik sahaja klik padanya, pengguna akan diberikan dengan sebuah URL khusus, membolehkan anda berkongsi URL tersebut kepada pengguna lain, dan menggunakannya untuk berbual melalui panggilan suara atau panggilan video.

Firefox Hello

Penerima yang menerima URL tersebut, boleh memulakan panggilan dengan klik butang khusus, dan seterusnya sebuah pop-up notifikasi akan dipaparkan pada Firefox anda untuk menjawab panggilan.

Firefox Hello

Daripada percubaan kami, ia berfungsi tanpa sebarang masalah pada pelayar web Chrome dan juga Firefox. Walaupun tidak perlu mendaftar, pihak Mozilla masih menyediakan pilihan untuk pengguna boleh log masuk dan daftar akaun untuknya. Dengan mendaftar, pengguna boleh menguruskan senarai panggilan mereka, dan tidak memerlukan anda membuat setiap URL khusus setiap kali anda ingin berbual dengan rakan lain.

Firefox Hello

Firefox Hello

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam pembangunan, dan pihak Mozilla dijangka akan membawanya ke saluran Firefox Beta tidak lama lagi, dan seterusnya ia bakal menyusul ke pelayar web versi stabil Firefox.


TIPS & ULASAN