Android 5.0 Lolipop Memudahkan Anda Memulihkan Data Daripada Peranti Lama Anda

Android 5.0 Lolipop Memudahkan Anda Memulihkan Data Daripada Peranti Lama Anda

Diterbitkan pada Okt 18, 2014 oleh .

Google sedia menawarkan kemudahan untuk mengembalikan segala data daripada peranti Android lama ke peranti Android baru pada versi Android sebelum ini. Menariknya, pada Android 5.0 Lolipop, pihak Google dilihat lebih memudahkan proses ini, dan menjadikan ia lebih efisyen dan berguna.

Pada Android 5.0 Lolipop, Google kini menawarkan kemudahan untuk pengguna memindahkan data menggunakan fungsi NFC pada peranti. Seperti biasa, kedua-dua peranti perlulah mempunyai fungsi NFC terbina, dan sekiranya ada, anda boleh hanya meletakkan peranti lama pada belakang peranti baru, dan pelbagai data dan aplikasi akan dipindahkan ke peranti baru anda.

Lolipop Transfer NFC

Selain daripada itu, pihak Google juga turut menawarkan kemudahan untuk mengembalikan data dengan lebih efisyen dari storan awan Google. Sebelum ini, Google akan memuat-turun semua data dan aplikasi daripada awan dan memasangnya pada peranti baru anda. Perkara ini mungkin tidak begitu digemari oleh pengguna, memandangkan mungkin terdapat sesetengah aplikasi pada peranti sebelum ini yang anda tidak inginkan pada peranti baru anda.

Lolipop Pindah App

Untuknya, kini pengguna boleh memilih aplikasi apakah yang perlu dikembalikan pada peranti baru anda. Disamping itu, anda juga turut boleh memilih ingin memuat-turun data daripada peranti yang mana (sekiranya mempunyai lebih daripada satu peranti).

Mungkin kedua-dua fungsi ini adalah antara perkara yang dinantikan lama, dan kami sendiri agak menyukai fungsi baru ini berbanding cara ia diimplementasikan pada Kitkat dan sebelumnya.


TIPS & ULASAN