Pelbagai telefon pintar baru kini menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dimana ia dilihat ingin membantu dalam membuat pembayaran dengan lebih selamat. Mengambil konsepnya, kini MasterCard sendiri mengambil langkah untuk mengintegrasikan sokongan sensor pengimbas cap jari pada kad kredit keluaran mereka.
Data cap jari pemilik akan disimpan hanya pada kad kredit tersebut sahaja, dan ketika pengguna akan diperlukan untuk membuat imbasan cap jari untuk menyelesaikan pembayaran.
MasterCard dijangka akan memperkenalkan ia di beberapa buah negara pada tahun 2015. Mungkinkah dengan pengenalan MasterCard ini, penyedia kad kredit lain turut mengambil langkah yang lebih kurang sama?