Cari @ Amanz

Drivemotrion-1

Memandu di Kuala Lumpur memerlukan keazaman serta kesabaran yang tinggi. Kebanyakan pemandu di ibu negara memandu seperti mereka memiliki lesen terbang dan mempunyai niat untuk muncul di dalam episod terkini tanah kubur. Kami sudah memandu lebih 18 tahun dan sejak dari dahulu lagi kami berharap ada alat yang boleh kami gunakan untuk memberitahu perasan yang terbungkam di hati kami kepada pemandu lain selain menggunakan ibu jari tengah. Drivemotion ialah sistem paparan emoticon yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sistem Drivemotion boleh memaparkan 16 emoticon pada paparan LED yang dilekapkan pada cermin belakang kenderaan anda. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kenderaan yang mencucuk dari belakang, paparkan emoticon marah. Jika anda ingin berterima kasih dengan pemandu yang memberikan laluan, anda boleh paparkan smiley. Setiap Drivemotion dijual pada harga 30 Dollar. Sangat berpatutan dan kami tak sabar untuk meletakkannya di cermin belakang kereta kami. Pelekat “Baby On Board” yang kami gunakan sekarang gagal untuk membuatkan pemandu lain untuk tidak memandu seperti mahu mengarwahkan diri mereka dan kami sekeluarga. Mungkin Drivemotion adalah jawapannya.

Drivemotrion-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd