Yahoo! Memperkenalkan Aplikasi Flickr Untuk iPad

Yahoo! Memperkenalkan Aplikasi Flickr Untuk iPad

Diterbitkan pada Okt 18, 2014 oleh .

Flickr merupakan salah satu perkhidmatan yang dimiliki oleh Yahoo!, memfokuskan kepada perkongsian gambar, dan boleh dikatakan sebagai salah satu laman sosial untuk para jurugambar. Terkini, selain menawarkan aplikasi untuk peranti mudah-alih, mereka juga telah melancarkan aplikasi khusus untuk iPad.

Melalui aplikasi khusus ini, ia membawakan paparan yang dioptimasikan khusus untuk tablet, memudahkan pengguna untuk melayari pelbagai jenis gambar yang diterbitkan pada Flickr dengan mudah.

Flickr iPad

Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh merakamkan gambar menggunakan aplikasi Flickr ini pada iPad, dan membuat penyuntingan seperti menambah kesan penuras dan sebagainya dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan tablet Apple, dan menjalankan sistem operasi iOS8, anda boleh memuat-turunnya dan menggunakan Flickr pada tablet anda hari ini.

Muat-Turun Flickr untuk iPad


TIPS & ULASAN