Cari @ Amanz

Fungsi teks yang dipadam selepas suatu jangka-masa telah dipopularkan oleh SnapChat akhir-akhir ini, dan pelbagai aplikasi permesejan turut menambahnya. Terkini, BlackBerry turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan fungsi tersebut tidak lama lagi.

BlackBerry menamakan fungsi ini sebagai “Timed Message“, dimana sebelum menghantar mesej atau gambar kepada rakan lain di BBM, anda boleh menetapkan masa yang diambil sebelum sesuatu mesej tersebut dipadam secara automatik. Mesej yang dihantar akan disembunyikan, dan apabila pengguna klik untuk melihat mesej atau gambar, masa akan dimulakan, dan ia akan dipadam secara automatik selepas tempoh masa yang ditetapkan oleh penghantar.

Pihak BlackBerry turut mengatakan sekiranya pengguna merakamkan skrin, maka penghantar asal akan menerima notifikasi.

BBM Snapchat

Selain daripada fungsi ini, satu lagi fungsi baru yang dibawakan oleh BlackBerry ke BBM adalah kebolehan menarik kembali mesej yang telah dihantar kepada seseorang. Fungsi ini amat berguna sekiranya anda telah tersalah hantar sesuatu mesej kepada pengguna lain, dan ingin memadamkannya kembali supaya tidak dibaca oleh mereka. Fungsi ini juga dikatakan berguna sekiranya anda ingin memadam sesuatu teks atau info yang telah dihantar kepada rakan anda, terutamanya info sensitif seperti kad kredt dan sebagainya.

Pihak BlackBerry mengatakan fungsi ini akan hadir ke BlackBerry, iPhone dan Android tidak lama lagi, dan mereka telah memulakan ujian beta terhad untuknya bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd