Volt Buckle : Tali Pinggang Merangkap Pengecas Peranti

Volt Buckle : Tali Pinggang Merangkap Pengecas Peranti

Diterbitkan pada Okt 19, 2014 oleh .

Volt-Buckle-2

Oppo Find 7, Galaxy Note 4 dan Nexus 6 ialah tiga peranti dengan sistem pengecasan pantas. Peranti dapat dicas sehingga penuh dalam masa kurang satu jam menggunakan teknologi ini. Kami percaya suatu hari nanti pengecasan pantas akan menjadi fungsi yang wajib ada pada setiap peranti pintar sama seperti fungsi mesin kiri kini ada pada setiap peranti. Sementara menanti impian menjadi realiti seperti aspirasi peserta Akademi Fantasia, kita masih memerlukan pengecas biasa untuk mengecas peranti yang kehabisan peranti. Sebagai penulis Amanz kami kerap kali mengalami masalah peranti mati ketika bertugas. Penyelesaian yang kami lakukan ialah membawa pengecas kemana-mana sahaja di dalam beg galas. Ini bukanlah penyelesaian yang paling baik kerana membawa beg galas tidak berapa praktikal terutamanya ke pusat membeli belah. Oleh itu jika anda mahu membawa pengecas tanpa beg anda boleh menggunakan Volt Buckle. Ianya tali pinggang yang mempunyai pengecas peranti terbina. Kepala tali pinggang ini adalah sebuah pengecas yang boleh ditanggalkan apabila diperlukan ketika kecemasan, Sekilas pandang ianya langsung tidak kelihatan seperti sebuah pengecas peranti. Sebuah idea fesyen hibrid yang menarik.

Volt-Buckle


TIPS & ULASAN