Oppo Find 7 Dan Find 7A Sedia Dikemaskini Dengan ColorOS 2.0 Berasaskan Android KitKat

Oppo Find 7 Dan Find 7A Sedia Dikemaskini Dengan ColorOS 2.0 Berasaskan Android KitKat

Diterbitkan pada Okt 20, 2014 oleh .

ColorOS 2.0Sementara pihak Google telah memperkenalkan kemaskini Android Lolipop, masih terdapat kebanyakkan peranti yang belum menerima kemaskini KitKat. Jadi, ia boleh dikatakan masih tidak terlambat untuk pihak Oppo untuk memperkenalkan kemaskini mereka untuk pengguna Find 7 dan juga Find 7A.

Melalui Color OS 2.0 yang berasaskan kepada Android Kitkat, pengguna Find 7 dan Find 7A ditawarkan dengan sejumlah fungsi baru, termasuk antaramuka dan rekabentuk yang dikemaskini secara menyeluruh dan lebih minimalistik. ColorOS 2.0 turut membawakan animasi yang lebih menyeluruh pada sistem, selain panel gesture baru yang disertakan pada kemaskini ini.

Pihak Oppo turut menyertakan beberapa pembaharuan lain, termasuk Task Manager yang diberikan nafas baru untuk, fungsi Memory Cleaner, dan juga sokongan Supper Power Saving untuk membolehkan anda menjimatkan kuasa yang digunakan peranti anda.

Kemaskini ini tidak ditawarkan melalui OTA, sebaliknya pengguna perlu memuat-turun fail ZIP bersaiz sekitar 920MB, dan memasangnya sendiri pada peranti Find 7 atau Find 7A.

Kami sendiri telah mencuba untuk memasang kemaskini ini lebih kurang dua kali, tetapi ia dilihat gagal untuk dipasang. Mungkin perkara ini masalah dipihak kami sahaja, dan jangan lupa berkongsi sekiranya anda telah berjaya memasangnya pada peranti anda.

Muat-Turun Color OS 2.0 untuk Find 7 dan Find 7A


TIPS & ULASAN