Cari @ Amanz

Bill GatesDengan pelbagai pengeluar hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Android Wear, selain Samsung dengan Tizen, dan Apple dengan versi mereka tersendiri, kini dilihat pihak Microsoft tidak ingin ketinggalan dan akan hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri.

Menurut Forbes, Microsoft bakal melancarkan jam tangan pintar mereka dalam beberapa minggu lagi, dimana ia akan turut hadir dengan sensor untuk memantau denyutan jantung pengguna, dan hadir dengan masa bertahan bateri yang lebih daripada dua hari. Jam tangan pintar Microsoft ini dikatakan akan menyokong pelbagai jenis platform, dan tidak seperti beberapa pengeluar lain yang mengkhususkan untuk sebuah platform sahaja.

Untuk Microsoft sendiri, mereka telah hadir dengan beberapa peranti tersendiri sebelum ini, termasuk Surface dan Xbox, selain turut mengambil-alih Nokia. Ia masih tidak diketahui lagi apakah nama peranti mereka kelak, dan ia masih menjadi tanda tanya sama ada mereka akan menawarkan perisian untuknya kepada pengeluar pihak ketiga seperti Android Wear ataupun sebaliknya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Microsoft dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd