ZTE Malaysia Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Pada Hari Khamis Ini

ZTE Malaysia Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Pada Hari Khamis Ini

Diterbitkan pada Okt 20, 2014 oleh .

ZTE sebelum ini telah hadir dengan teaser, memperlihatkan yang mana mereka akan membawa masuk sehingga lima telefon pintar baru untuk pasaran tempatan. Kini, melalui emel yang dihantar oleh ZTE, mereka dilihat akan melancarkannya secara rasmi pada hari Khamis ini, 23 Oktober.

ZTE Malaysia

Mengikut beberapa gambar teaser di halaman Facebook mereka, antara peranti yang akan dilancarkan adalah termasuk ZTE V5 Red Bull, dan juga ZTE Star 1.

Seperti biasa, kami akan membawakan liputan rasmi daripada pelancarannya, dan sementara itu, mungkin anda boleh meneka apakah antara peranti baru yang akan dilancarkan ZTE.


TIPS & ULASAN