Oppo Bakal Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri?

Oppo Bakal Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri?

Diterbitkan pada Okt 20, 2014 oleh .

Oppo mempunyai pelbagai penawaran lain selain telefon pintar. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan gelang tangan pintar tersendiri, dinamakan Oppo O-Band, dan kini pihak Oppo dilihat bakal turut hadir dengan sebuah headset realiti-maya tersendiri.

Oppo VR

Perkara ini dilihat melalui sebuah gambar yang dikongsikan di Weibo, dimana sebuah headset VR dengan jenama Oppo diperlihatkan.

Jikalau dilihat, sebelum ini pihak Samsung dan juga Carl-Zeiss pernah hadir dengan peranti seumpamanya, membolehkan pengguna menggunakan peranti pintar mereka, dan menyambungkan ia dengan headset tersebut.

Apa pun, boleh dikatakan pembangunan peranti tersebut mungkin agak senang, dan yang menjadi cabaran utama adalah pembangunan kandungan dan aplikasi khusus untuknya.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Oppo akan memperkenalkan ia bersama-sama dengan Oppo N3 kelak, ataupun ia hanya sekadar prototaip sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN