Dengan pengenalan Android 5.0 Lolipop, pihak Google juga telah mula mengemaskini beberapa aplikasi mereka. Salah satu yang turut akan dikemaskini adalah semestinya GMail, yang mana akan membawakan kemaskini antaramuka selari Material Design.
Selain daripada perubahan antaramuka, pihak Google juga dijangka akan menyertakan fungsi untuk membolehkan anda menguruskan akaun emel lain selain daripada akaun GMail, sebagai contoh, Yahoo! Mail dan juga Outlook.
Perkara ini memperlihatkan Google ingin memudahkan pengguna pelbagai akaun emel mereka dibawah satu aplikasi, tanpa memerlukan mereka menambah pelbagai jenis aplikasi lain pada peranti. Perkara ini juga dijangka akan memudahkan proses komunikasi oleh pengguna.
Buat masa ini, kemaskini GMail 5.0 ini masih belum dikeluarkan, dan Google dijangka akan memperkenalkannya bersama-sama kemaskini akhir Android 5.0 Lolipop kelak.