Dropbox Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Sokongan TouchID

Dropbox Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Sokongan TouchID

Diterbitkan pada Okt 20, 2014 oleh .

Dropbox hari ini telah memperkenalkan Dropbox 3.5 untuk iPhone, sekaligus membawakan beberapa pembaharuan, termasuk kebolehan menggunakan TouchID untuk mengakses Dropbox pada peranti mereka.

TouchID telah disertakan oleh Apple pada peranti iPhone 5S, iPhone 6, iPhone 6 Plus dan juga tablet mereka baru-baru ini. Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan pengimbas cap jari pada butang Home untuk mengakses peranti, membuat pembelian dan sebagainya.

Dengan menggunakan fungsi tersebut, kini pengguna boleh mengakses Dropbox pada peranti mudah-alih mereka dengan lebih selamat lagi berbanding sebelum ini. Namun, untuk menggunakan fungsi ini, peranti pengguna perlulah dikemaskini kepada iOS8 terlebih dahulu.

Dropbox 3.5 ini juga membawakan paparan yang dioptimasikan untuk iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus – memandangkan terdapat perubahan dari segi saiz skrin peranti, selain turut menambah-baik kestabilan dan pestasi aplikasi berkenaan.

Muat-Turun Dropbox untuk iPhone


TIPS & ULASAN