Cari @ Amanz

UbuntuCanonical bakal melancarkan Ubuntu 14.10 pada minggu ini, dan seperti kebiasaan, pengasasnya, Mark Shuttleworth hari ini telah mengumumkan secara rasminya nama rasmi untuk Ubuntu 15.04 kelak.

Untuk versi seterusnya, Ubuntu 15.04 akan dikenali dengan nama kod “Vivid Vervet”, dan bakal dilancarkan secara rasminya pada April 2015 kelak. Untuk makluman, Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi berasaskan kepada Linux, dimana ia menawarkan versi baru sistem operasi setiap enam bulan – pada bulan April dan juga Oktober.

Ubuntu pada tahun ini melangkah setapak kehadapan dengan sistem operasi mereka, dan menawarkan ia kepada telefon pintar. Ia telah dibangunkan sejak beberapa versi yang lepas, dan ia dijangka akan dikomersialkan dengan beberapa pengeluar peranti, dan salah satunya adalah Meizu.

Selain telefon, ia juga turut dioptimasikan untuk tablet, selain ditawarkan untuk komputer riba dan juga desktop.

Bergerak kehadapan, pihak pembangun Ubuntu ingin membawanya kepada pelbagai peranti lain, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu sistem operasi yang meliputi pelbagai saiz peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd