DuoScreen : Skrin Kedua Boleh Lipat Untuk Komputer Riba

DuoScreen : Skrin Kedua Boleh Lipat Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Lebih dari 90% kerja kami lakukan pada komputer desktop. Ini adalah kerana kami menyambungkan 2 skrin serentak bagi memudahkan kerja. Skrin sebelah kanan akan memaparkan kerja manakala skrin sebelah kiri memainkan aplikasi muzik ataupun video untuk hiburan. Antara sebab kenapa kami kurang gemar bekerja menggunakan komputer riba ialah kerana penggunaan dua skrin serentak adalah tidak mesra pengguna.

DuoScreenTyping-700x394

DuoScreen ialah skrin komputer kedua boleh lipat yang direka khas untuk komputer riba. Skrin LED tambahan sebesar 15.6″ beresolusi HD penuh ini boleh dipasang pada mana-mana komputer riba. Apabila tidak digunakan ianya boleh dilipat pada bahagian bawah komputer riba. Skrin ini juga boleh dipusing untuk kegunaan pembentangan kertas kerja di pejabat. Projek ini masih lagi dalam proses pengumpulan dana di Kickstarter.

Sekiranya anda mahu ianya menjadi realiti anda boleh menyumbang dana melalui laman DuoScreen. Sebuah idea yang sudah lama kami mahukan. Ianya bukan sahaja menambahkan ruang skrin kerja tetapi membuatkan kami kelihatan lebih L337.


TIPS & ULASAN