LG AKA – Telefon Pintar Dengan Mood Tersendiri Daripada LG

LG AKA – Telefon Pintar Dengan Mood Tersendiri Daripada LG

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

LG sehingga kini masih senyap berkenaan dengan penawaran telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan, tetapi, dinegara asal mereka – Korea Selatan, pihak LG sedia hadir dengan beberapa penawaran menarik, dan terkini adalah sebuah peranti konsep dinamakan LG AKA.

LG AKA

LG AKA ini dikatakan akan menyertakan panel belakang yang boleh diubah mengikut warna kegemaran para pengguna. Perkara yang menjadikan peranti ini agak berbeza dengan kebanyakkan peranti lain adalah dimana ia mempunyai “mata” pada bahagian belakang yang berubah mengikut cara anda menggunakan peranti.

Ia dikatakan peranti tersebut akan mempunyai mood tersendiri yang berubah mengikut bagaimana anda menggunakan peranti, termasuk cara anda menggunakan aplikasi dan muzik yang dimainkan pada peranti berkenaan.

Sebagai contoh, mungkin sekiranya anda memainkan lagu atau permainan, ia memaparkan keadaan mata yang gembira – sebaliknya ketika melayari web atau membuka dokumen ia memaparkan keadaan mata yang serius.

Telefon pintar ini dikatakan akan ditawarkan hanya di Korea Selatan sahaja untuk permulaan bermula bulan November ini. Berkemungkinan, peranti ini tidak akan dijual diluar Korea Selatan, dan mungkin pihak LG ingin bereksperimen dengan konsep peranti yang mempunyai mood-nya tersendiri.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti seperti ini?


TIPS & ULASAN