Microsoft hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Skype di Windows Phone, membawakan beberapa fungsi baru untuk pengguna perkhidmatan permesejan dan panggilan video tersebut.
Salah satunya adalah kebolehan untuk pengguna melukis pada gambar sebelum ia dihantar kepada rakan lain. Pihak Microsoft mengatakan perkara ini memberikan mesej yang lebih peribadi, disamping menjadikan sesuatu mesej yang disampaikan dalam bentuk gambar lebih menarik.
Disamping itu, kini untuk log masuk, pihak Microsoft lebih mengintegrasikan ia dengan Windows Phone – membolehkan pengguna log masuk menggunakan akaun yang telah ditetapkan pada telefon pintar mereka.
Beberapa kemaskini lain yang turut disertakan adalah termasuk sokongan skrin HD, selain aplikasi yang berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya.
- Muat-Turun Skype untuk Windows Phone