Cari @ Amanz

SpotifySpotify merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna melanggan penstriman lagu – memberikan akses kepada ribuan lagu pada harga langganan bulanan sebanyak RM15 sebulan. Terkini, selain penawaran Spotify Premium, kini mereka turut hadir dengan sebuah lagi penawaran baru dinamakan sebagai Spotify Family.

Melalui penawaran Spotify Family ini, ia membolehkan pengguna menambah sehingga empat akaun berbayar yang lain pada potongan harga 50%. Ia mungkin sebuah penawaran yang amat baik sekiranya pengguna mempunyai lebih daripada satu ahli keluarga yang menggunakan Spotify – atau mungkin juga anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain dalam mendapatkan potongan harga ini.

Seperti Spotify Premium, pengguna Spotify Family juga akan menerima akses kepada keseluruhan fungsi – membolehkan anda membuat playlist tersendiri, sokongan cache untuk mendengar ketika offline, dan penggunaan perkhidmatan Spotify tanpa sebarang iklan.

Buat masa ini, perkhidmatan Spotify Family ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dan pihak Spotify mengatakan ia akan diperluaskan ke seluruh dunia secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd