Cari @ Amanz

Seperti mana yang dijanjikan oleh Apple ketika pengenalan iPad tempoh hari, hari ini Apple telah melancarkan iOS 8.1 kepada semua pengguna peranti iPhone dan iPad yang menjalankan iOS8. Melaluinya, ia menyertakan beberapa fungsi baru kepada pengguna iPhone dan iPad.

Apple iOS 8.1Antaranya adalah mengembalikan fungsi “Camera Roll” yang diminta pengguna, selain pihak Apple turut menyertakan iCloud Photo Library dalam bentuk beta kepada pengguna – membolehkan pengguna untuk menyimpan gambar di iCloud dan mengakses ia pada peranti lain dengan mudah.

Disamping itu, iOS 8.1 turut menyertakan sokongan untuk Continuity yang disertakan pada OS X Yosemite, membolehkan pengguna mengintegrasikan penggunaan iPhone dan iPad ke Mac.

Kemaskini iOS 8.1 turut menyertakan fungsi Apple Pay, namun fungsi ini tidak berguna untuk pengguna tempatan memandangkan sokongan untuk Apple Pay hanya khusus untuk Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda boleh mengemaskini peranti anda hari ini secara OTA dengan ke halaman Settings > General > Software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd