Cari @ Amanz

Oppo N3Dengan lebih seminggu lagi sebelum Oppo N3 diperkenalkan secara rasminya, kini sekali lagi info baru berkenaan dengan peranti tersebut tertiris, mengatakan ia bakal menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti berkenaan.

Ia dilihat Oppo seperti meletakkan pengimbas cap jari berkenaan dibawah logo Oppo, dan berkemungkinan ia digunakan untuk nyah-kunci peranti dan memudahkan akses beberapa perkara – lebih kurang seperti pada HTC One Max dan juga Ascend Mate 7.

Selain daripada pengimbas cap jari, setakat ini ia turut diketahui yang mana Oppo akan menyertakan kamera yang boleh berputar secara elektronik, dan mungkin ditawarkan dalam beberapa variasi.

Oppo menjadualkan acara pelancaran peranti ini pada 29 Oktober di Singapura, dan seperti biasa kami akan membawakan liputan langsung daripada acara pelancaran berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd