BlackBerry sebelum ini telah sedia menawarkan aplikasi percuma bersempena dengan cuti perayaan, dan kini bersempena dengan hari Deepavali esok, pihak BlackBerry turut menawarkan sebanyak empat aplikasi berbayar secara percuma untuk tempoh terhad.
Aplikasi yang ditawarkan oleh BlackBerry adalah TapCam Timer Camera (sebuah aplikasi kamera), CIA World Factbook (buku yang berkongsi info berkenaan sesebuah negara), Learn English (panduan mempelajari bahasa Inggeris), dan juga Action Pad (sebuah pengurus memo).
Kesemua aplikasi ini ditawarkan secara percuma daripada hari ini sehingga 26 Oktober, dan pengguna boleh memuat-turunnya daripada BlackBerry World.