Untuk para peminat iPhone yang menantikan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, mungkin Malaysia menerimanya sekitar bulan November kelak. Ini memandangkan pihak DiGi kini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus.
iPhone 6 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dan iPhone 6 Plus membawakan skrin bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya dijana menggunakan cip pemprosesan A8, serta dilengkapi dengan sokongan TouchID dan juga iOS8.
Melalui pendaftaran minat, pengguna boleh memilih kapasiti yang diinginkan dan juga warna peranti yang dikehendaki, selain daripada jenis telefon – iPhone 6 atau iPhone 6 Plus.
Tiada tarikh yang diberikan oleh pihak DiGi berkenaan bilakah mereka akan mula menjualnya. Namun, ini boleh dikatakan merupakan salah satu petanda memperlihatkan yang mana peranti baru daripada Apple tersebut akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.