Apple sebelum ini telah menerbitkan sebuah panduan ringkas untuk memudahkan para pengguna beralih daripada Android ke platform mereka. Terkini, Google turut membuat perkara sama, dimana mereka menyediakan sebuah panduan rasmi untuk memudahkan pengguna beralih daripada platform iOS ke Android.
Melalui panduan yang disediakan oleh Google, mereka menyediakan langkah demi langkah untuk memindahkan gambar, muzik, senarai buku alamat, menetapkan emel, dan mencari aplikasi kegemaran anda.
Walaupun Google menyediakan panduan rasmi ini, ia boleh dikatakan kebanyakkan pengeluar peranti seperti Sony, Motorola, HTC dan sebagainya sedia mengintegrasikan sebuah fungsi pada peranti mereka untuk memindahkan data dari iPhone dengan mudah ke peranti mereka.
Jadi, adakah panduan ini akan menarik dan memudahkan pengguna beralih dari satu platform ke platform lain?
- Layari : Android Switch