iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Di Malaysia Pada 6 November

iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Di Malaysia Pada 6 November

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan para peminat iPhone di Malaysia, kini pihak DiGi telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan dijual di Malaysia bermula 6 November kelak.

Apple sebelum ini telah mengeluarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada bulan September yang lepas, dan Malaysia dilihat merupakan negara dibawah fasa ke-empat untuk menerimanya. iPhone 6 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus merupakan phablet pertama daripada Apple dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

iPhone6

Apple turut melengkapkan beberapa ciri-ciri khas pada peranti ini, termasuk sokongan pemprosesan dan grafik yang dikemaskini, selain daripada TouchID yang berfungsi sebagai pengimbas cap jari untuk mengakses peranti dan beberapa aplikasi.

Harga jualan untuk kedua-dua peranti ini masih belum diumumkan, dan pihak DiGi mengatakan pra-tempahan untuknya akan dimulakan pada 31 Oktober 2014 ini. Pihak Maxis turut telah mengeluarkan kenyataan, yang mana mereka turut akan mulakan jualan pada tarikh sama.

Dikemaskini 22/10 dengan perubahan tarikh kepada 6 November


TIPS & ULASAN