Pengguna Boleh Pra-Beli iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Melalui Maxis Pada 31 Oktober

Pengguna Boleh Pra-Beli iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Melalui Maxis Pada 31 Oktober

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Bagi anda yang tidak ingin beratur untuk mendapatkan peranti iPhone terbaru, pihak Maxis menyediakan pilihan untuk membuat pra-pembelian bermula 31 Oktober 2014 ini, dan seterusnya mendapatkan peranti berkenaan pada 7 November kelak.

iPhone 6

iPhone 6 merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, membawakan kemaskini dari segi saiz skrin, selain lensa kamera yang digunakan untuk merakamkan gambar. Apple turut menaik taraf cip pemprosesan dan sokongan grafik yang dibawakan olehnya, selain kini melalui iOS8.1, ia lebih diintegrasikan dengan Mac OS X. iPhone 6 Plus pula variasi bersaiz besar daripada Apple, dimana peranti tersebut bersaiz 5.5-inci, berbanding hanya 4.7-inci untuk iPhone 6.

Harga jualan kedua-duanya tidak diumumkan lagi oleh Maxis, dan mungkin kita akan mendengar mengenainya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN