Hendo – Ingin Merealisasikan Pembangunan Hoverboard Dan Objek Terapung

Hendo – Ingin Merealisasikan Pembangunan Hoverboard Dan Objek Terapung

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Hoverboard merupakan salah satu papan luncur yang terapung – dan telah dipopularkan dalam filem Back To The Future. Beberapa syarikat termasuk Google telah mencuba untuk membangunkannya, dan kini sebuah Arx Pax hadir dengan projek mereka tersendiri dinamakan sebagai Hendo.

Arx Pax memfokuskan kepada pembangunan teknologi sebaliknya, dimana melalui penawaran KickStarter, mereka menawarkan Hendo untuk para pembangun untuk menggunakannya didalam projek mereka. Dan sekiranya anda kaya, anda turut boleh mendapatkan hoverboard daripada mereka pada harga $10,000.

Hendo Hoverboard

Untuk menjayakan ia terapung, Hendo menggunakan teknologi medan elektronmagnetik, dan perkara ini membuatkan ia boleh digunakan di beberapa kawasan yang terhad sahaja. Untuk mengawal ia ketika terapung juga dikatakan masih sukar, dan tidak seperti mengawal beberapa perkara yang lain.

Bercakap mengenai pembangunannya, teknologi Hendo ini pada awalnya hadir dengan inspirasi untuk membuatkan sesuatu bangunan tersebut terapung ketika beberapa bencana, seperti gempa bumi dan sebagainya – sekaligus mengurangkan kerosakkan yang dihadapi.

Dengan penawaran set pembangun Hendo ini, Arx Pax ingin melihat apakah perkara menarik yang akan dibangunkan oleh para pembangun dan komuniti. Pada masa yang sama, mereka sendiri dijangka akan terus menambah-baik teknologi disebaliknya, dan ingin menyokong berat apungan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Layari : Hendo di Kickstarter


TIPS & ULASAN