Google Kini Membolehkan Anda Melawat Taman Negara Gombe, Tanzania Di Street View

Google Kini Membolehkan Anda Melawat Taman Negara Gombe, Tanzania Di Street View

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Google StreetView telah membawa dan menambah pelbagai lokasi menarik pada perkhidmatan mereka, dan terkini mereka turut menambah kawasan perhutanan di Taman Negara Gombe, Tanzania – yang mana merupakan salah satu lokasi utama yang menjadi tempat kajian untuk

Taman Negara Gombe ini dikatakan merupakan salah satu lokasi yang didokumentasikan dengan baik untuk memantau kehidupan cimpanzi. Kajian telah dilakukan selama lebih 50 tahun di kawasan ini oleh Dr Jane Goodall, dan ia masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Gombe Tanzania

Untuk menjayakan rakaman di Taman Negara Gombe ini, Google telah bekerjasama dengan Jane Goodall Institute dan juga Tanzania National park, sekaligus membolehkan pengguna melayari dari pelayar web mereka salah satu tempat kajian terkemuka didunia dalam mendokumenkan kehidupan cimpanzi – salah satu haiwan yang dikatakan mempunyai DNA hampir menyerupai manusia.

Google dilihat menggunakan Trekker untuk merakamkan gambar 36-darjah, dan seperti biasa, pengguna boleh melawati pelbagai lokasi menarik, termasuk melihat cimpanzi dengan lebih dekat menggunakan Street View.

Layari : Gombe, Tanzania di Street View


TIPS & ULASAN