Nokia Kini Menawarkan HERE Maps Beta Kepada Semua Pengguna Peranti Android

Nokia Kini Menawarkan HERE Maps Beta Kepada Semua Pengguna Peranti Android

Diterbitkan pada Okt 21, 2014 oleh .

Nokia sebelum ini telah menawarkan HERE Maps Beta secara eksklusif untuk pengguna peranti Samsung, dan hari ini mereka memperluaskan penawaran dengan turut menawarkan aplikasi pemetaan dan navigasi popular mereka kepada pengguna peranti Android yang lain.

HERE Maps Beta

Melalui HERE Maps Beta, ia membolehkan pengguna menggunakannya untuk melihat lokasi-lokasi berdekatan mereka, selain turut hadir dengan mod navigasi. Pengguna turut boleh memuat-turun peta Malaysia untuk membolehkan HERE Maps ini digunakan secara offline.

Apa pun, pihak Nokia masih tidak menerbitkan ia di Google Play Store buat masa ini (berkemungkinan kerana masih dalam bentuk beta), dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun fail APK dan memasangnya sendiri.

Sekiranya anda menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun fail APK untuk HERE Maps BETA ini dan menggunakannya pada peranti anda.

Nokia HERE Maps Beta

Muat-Turun APK Untuk HERE Maps BETA


TIPS & ULASAN