Google Memperkenalkan Kebolehan Mengesahkan Log Masuk Menggunakan Pemacu USB

Google Memperkenalkan Kebolehan Mengesahkan Log Masuk Menggunakan Pemacu USB

Diterbitkan pada Okt 22, 2014 oleh .

Google Security KeyGoogle sedia menawarkan sokongan pengesahan dwi-faktor, dimana anda akan diperlukan memasukkan sebuah kod khusus (yang dihantar ke peranti) untuk akaun anda selepas memasukkan kata laluan. Kini, Google turut melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah sokongan baru dinamakan “Security Key”.

Security Key ini adalah sebuah pemacu USB fizikal, dimana pengguna akan menggunakan ia untuk mengesahkan akaun. Ia akan digunakan untuk menggantikan anda memasukkan kod daripada telefon pintar. Sebagai contoh, selepas anda log masuk ke akaun anda, untuk pengesahan kedua, anda akan diminta untuk menghubungkan pemacu USB ke komputer anda.

Perkara ini dijayakan oleh Google dengan menggunakan protokol Universal 2nd Factor (U2F) daripada FIDO Alliance. Ia hanya menyokong Chrome buat masa ini, dan berkemungkinan pelayar web lain mungkin turut menambah sokongan untuk U2F ini pada masa akan datang.

Apa pun, boleh dikatakan ia mungkin tidak begitu mesra untuk digunakan pada pelbagai jenis keadaan, dan memerlukan pengguna untuk mendapatkan sebuah pemacu khusus untuknya daripada penjual terpilih.

Bagi anda, apakah pendapat anda mengenai pengenalan pengesahan dwi-faktor menggunakan pemacu USB ini?

Lanjut : Menggunakan Security Key


TIPS & ULASAN