Kemaskini Pertama Untuk Windows 10 Technical Preview Hadir – Membawakan Action Center

Kemaskini Pertama Untuk Windows 10 Technical Preview Hadir – Membawakan Action Center

Diterbitkan pada Okt 22, 2014 oleh .

Windows 10 Action CenterMicrosoft hari ini telah pun menawarkan kemaskini pertama untuk Windows 10 Technical Preview, yang mana membawakan beberapa kemaskini baru untuk sistem operasi yang masih pada peringkat pembangunan tersebut.

Melalui kemaskini yang ditawarkan, salah satu perkara baru yang disertakan adalah Action Center. Seperti dikongsikan oleh Microsoft sebelum ini, Windows 10 akan berfungsi pada pelbagai saiz peranti, dan ini bermakna penawaran fungsi juga akan lebih kurang sama pada telefon dan desktop.

Melalui Action Center yang dibawa daripada Windows Phone ke desktop ini, pengguna boleh melihat notifikasi daripada pelbagai aplikasi dan sistem pada satu tempat, sekaligus memudahkan anda melakukan tugasan dengan lebih efektif lagi.

Disamping itu, kini Windows 10 Technical Preview turut menyertakan beberapa kesan animasi apabila anda bertukar-tukar desktop, selain turut memudahkan anda untuk memindahkan aplikasi dari satu paparan monitor ke monitor yang lain.

Kemaskini ini akan dimuat-turun secara automatik ke komputer yang menggunakan Windows 10 Technical Preview, dan ia dianggarkan bersaiz sekitar 2GB ke 2.754GB. Bagi anda yang tidak ingin nantikan kemaskini automatik, dan ingin mengemaskini secara serta-merta, anda boleh ke halaman PC Settings > Update and recovery > Preview builds


TIPS & ULASAN