Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik. Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam membolehkan ia membaca sesuatu masalah matematik dan menyelesaikannya.
Menggunakan PhotoMath ini, pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik, dan pengguna hanya perlu menghalakan ia kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.
Ia seterusnya akan terus memaparkan jawapan kepada sesuatu masalah pada skrin, tanpa pengguna perlu menekan apa-apa. PhotoMath ini dilihat dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, dan ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.
Daripada percubaan kasar kami, beberapa masalah matematik ringkas dilihat boleh diselesaikan menggunakannya dan jawapan yang diperlihatkan juga agak pantas. Namun, terdapat beberapa kali, jawapan yang diperlihatkan adalah silap dan tidak tepat.
Selain daripada hanya memaparkan jawapan sahaja, pengguna juga turut boleh melihat jalan kerja penyelesaian untuk sesuatu masalah matematik, dimana ia diperlihatkan dalam langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman.
Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, dan versi Android dijangka akan menyusul pada awal tahun 2015 kelak.
- Muat-Turun PhotoMath untuk Windows Phone
- Muat-Turun PhotoMath untuk iOS