Cari @ Amanz

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan Chromecast, sebuah peranti yang dihubungkan kepada televisyen, dan kemudiannya pengguna boleh mengawal dan strim kandungan menggunakan peranti mudah-alih mereka.

Chromecast

Peranti tersebut boleh dikatakan menerima permintaan yang agak tinggi, memandangkan harganya yang murah (sekitar RM100).

Berkongsi perkembangan mengenainya, pihak Google mengatakan terdapat lebih 6000 pembangun yang membangunkan lebih daripada 10,000 aplikasi yang mesra dengan sistem cast berkenaan, dan ia meningkat dari hari ke hari.

Salah satu persoalan yang ditanya ramai akhir-akhir ini dengan pengenalan Nexus Player dan juga AndroidTV, adakah pembangunan Chromecast akan diteruskan atau sebaliknya. Bercakap mengenainya, pihak Google mengatakan versi kedua untuknya akan hadir pada masa akan datang, tetapi tiada sebarang tarikh dan maklumat mengenainya yang dikongsikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd