Oppo Memperlihatkan Pengimbas Cap Jari Dan Audio-Jack Pada Bahagian Tepi Di Oppo N3

Oppo Memperlihatkan Pengimbas Cap Jari Dan Audio-Jack Pada Bahagian Tepi Di Oppo N3

Diterbitkan pada Okt 22, 2014 oleh .

Pengimbas cap jari seperti telah menjadi salah satu perkara yang diintegrasikan pada telefon pintar baru akhir-akhir ini. Seperti dikatakan sebelum ini, kini pihak Oppo memperlihatkan sendiri gambar pengimbas cap jari melalui gambar rasmi yang dikongsikan di Facebook.

Oppo N3

Pengimbas cap jari dilihat diposisikan pada bahagian bawah logo belakang Oppo N3, selain pada gambar yang sama juga, ia dilihat Oppo meletakkan posisi audio-jack pada bahagian tepi peranti – yang mana boleh dikatakan agak janggal.

Menjadi fokus utama pada Oppo N3 ini adalah kebolehan kamera berputar padanya, dimana berbeza dengan Oppo N1, pada versi ini ia dijangka akan mengintegrasikan sokongan mekanikal untuk berputar secara automatik.

Oppo menjadualkan acara pelancaran Oppo N3 pada 29 Oktober ini di Singapura.


TIPS & ULASAN