Boeing Ingin Menggunakan Minyak Masak Sebagai Bahan Api Untuk Kapal Terbang

Boeing Ingin Menggunakan Minyak Masak Sebagai Bahan Api Untuk Kapal Terbang

Diterbitkan pada Okt 22, 2014 oleh .

BoeingPelbagai syarikat yang melihat kepada penggunaan bahan api berasaskan bio, dan terkini pembuat kapal terbang terkemuka, Boeing dilihat bekerjasama dengan sebuah syarikat di China dalam membangunkan projek untuk menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan api untuk jet.

Melalui projek ini, pihak Boeing dan juga Commercial Aircraft Corp of China akan bekerjasama dalam membangunkan dan hadir dengan bahan bakar alternatif yang murah dan dihasilkan daripada minyak masak terpakai yang tidak digunakan lagi.

Sekiranya ia berhasil, maka lebih daripada 1.8 bilion liter minyak boleh dihasilkan menggunakannya. Perkara ini juga sekaligus boleh mengurangkan kos operasi untuk kapal terbang, memandangkan kos paling tinggi yang biasanya dikaitkan dengan kapal terbang adalah bahan apinya.


TIPS & ULASAN