Cari @ Amanz

Permainan berbentuk 8-bit mempunyai peminatnya tersendiri, dan hari ini Rovio yang sedia popular dengan permainan Angry Birds mereka turut menerbitkan sebuah permainan baru, dinamakan sebagai “Retry”.

Retry

Retry membawakan permainan dimana pengguna perlu mengawal kapal terbang dalam mengumpulkan markah, dan pada masa yang sama mengelak daripada halangan yang hadir.

Ia hadir dengan pelbagai tahap berbeza, dimana ia menjadi sukar dari suatu tahap ke tahap yang lain.

Permainan Retry ini ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS, dan ia ditawarkan secara percuma (dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd