Cari @ Amanz

Apple pada pengenalan OS X Yosemite, telah memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai continuity, membolehkan pengguna untuk membuat beberapa perkara dengan mengintegrasikan telefon pintar seperti membalas panggilan, mesej dan sebagainya.

Dengan kemudahan tersebut, salah satu perkara yang semestinya menjadi permintaan ramai adalah dialer terbina pada OS X Yosemite, untuk memudahkan anda membuat panggilan ketika sedang menggunakan komputer dengan pantas.

Continuity Keypad

Untuknya, kini seorang pembangun bebas hadir dengan aplikasi khusus untuk OS X Yosemite, dinamakan sebagai Continuity Dialer. Aplikasi ini masih lagi dalam bentuk beta, dan ditawarkan secara percuma untuk pengguna OS X Yosemite.

Menggunakannya, pengguna akan boleh membuat panggilan dengan mendail nombor terus pada komputer mereka. Selepas mendail dan klik pada panggilan, anda akan diberikan notifikasi untuk sama ada ingin membuat panggilan ataupun sebaliknya. Sekiranya anda klik ya, ia akan mendail menggunakan iPhone anda.

Continuity Keypad

Bagi anda yang menggunakan OS X Yosemite, mungkin boleh menggunakan aplikasi ini, dan memudahkan proses anda mendail ketika sedang menggunakan komputer OS X Yosemite anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd