Cari @ Amanz

Microsoft dibawah Satya Nadella sedia memfokuskan kepada penawaran perisian dan aplikasi untuk pelbagai platform. Terkini, hari ini mereka menerbitkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat, dinamakan sebagai Next Lock Screen.

Next Lock Screen

Next Lock Screen merupakan salah satu projek dibawah Microsoft Garage, dimana menggunakannya, ia ingin memaparkan pelbagai informasi kepada anda tanpa perlu untuk nyah-kunci peranti anda. Menggunakannya, anda boleh melihat kalendar, panggilan yang tidak terjawab, emel, mesej dan sebagainya dengan mudah.

Memandangkan kebanyakkan informasi ini adalah informasi berbentuk peribadi, pihak Microsoft turut menyertakan sebuah halaman tetapan khusus untuk membolehkan anda mengawal apa yang boleh diperlihatkan dan sebaliknya.

Buat masa ini, aplikasi ini dilihat khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak ditawarkan untuk pengguna tempatan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd