Cari @ Amanz

Google InboxGoogle hari ini memperkenalkan penambah-baikkan kepada perkhidmatan emel, dinamakan sebagai Inbox. Inbox secara kasarnya menjadi tempat sehenti untuk memperlihatkan pelbagai perkara yang penting kepada anda – meliputi mesej, emel, peringatan dan sebagainya.

Inbox ini dibangunkan oleh pasukan disebalik GMail, dimana mereka mengatakan dengan penggunaan harian emel pada hari ini, sering kali pelbagai mesej yang penting tersembunyi, dan menyukarkan anda untuk mengetahui mengenai sesuatu perkara yang lebih utama berbanding emel yang lain.

Secara kasarnya, dengan dunia pantas hari ini, ramai yang tidak mengambil masa yang lama untuk membaca sesuatu emel. Pihak Google dilihat ingin menyelesaikannya dengan Inbox ini, dimana mereka mengambil beberapa info penting daripada emel tersebut dan memaparkannya dengan kemas dan mudah untuk dibaca. Antaranya termasuklah resit pembelian anda, tiket kapal terbang, dan sebagainya.

Google Inbox

Inbox turut menambah-baik pengenalan kategori pada GMail pada tahun lepas. Menggunakan Inbox, ia lebih memudahkan anda menguruskan sejumlah mesej. Sebagai contoh, kesemua mesej dan emel dari laman sosial akan disatukan – dan anda hanya perlu swipe ia sekiranya ingin mengarkibkan mesej berkenaan.

Pengguna juga turut boleh menambah peringatan pada Inbox, selain daripada to-do list. Salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu Snooze turut disertakan, dimana pengguna boleh membaca sesuatu mesej terlebih dahulu, dan menetapkan ia untuk muncul kembali pada suatu tempoh masa yang ditetapkan – amat berguna sekiranya anda ingin membalas sesuatu mesej tetapi pada ketika anda menggunakan desktop dan sebagainya.

Google Inbox

Google Inbox

Daripada gambar dan video yang dikongsikan Google, Inbox membawakan antaramuka Material Design yang ditekankan mereka untuk menjadikan ia mesra pada pelbagai saiz skrin. Untuk pengenalan, Google akan menawarkan ia untuk Android dan iOS, selain versi web.

Untuk pengenalan, sama seperti GMail, Inbox ini akan ditawarkan dalam bentuk jemputan sahaja, dan ia dijangka akan diperluaskan secara berperingkat dari hari ke hari. Bagi anda yang berminat boleh menghantar emel kepada [email protected] untuk mendapatkan akses awal untuk perkhidmatan baru daripada Google ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd